Latar belakang Genosid Armenia

Di bawah sistem undang-undang Uthmaniyah, rakyat berbangsa Armenia, Yunani, (kedua-duanya beragama Kristian Ortodoks), Yahudi dan lain-lain minoriti di Turki dilayan sebagai kaum kafir zimmi yang ditetapkan undang-undang berbeza dengan penduduk majoriti empayar yang beragama Islam. Golongan kafir zimmi dikehendaki membayar cukai jizyah (cukai kepala) dan tidak diwajibkan menjadi tentera kerajaan Turki di medan perang. Mereka dilarang menggalas senjata di medan perang. Jihad iaitu berkorban nyawa di medan perang tidak menjadi kewajipan kepada rakyat yang tidak beragama Islam.

Sebelum perang

Sultan Abdul Hamid II menggantung perlembagaan dan memulakan pemerintahan diktator. Akhir abad ke-19, iaitu antara 1894 hingga 1895 berlaku beberapa siri pembunuhan terhadap penganut Kristian di Asia Minor.

Pada 1908, kerajaan Turki Uthmaniah dikuasai oleh Turki Muda di bawah pimpinan Namik Kemal, Abdullah Cevdet, Ziya Gökalp dan lain-lain yang melakukan Revolusi Turki Muda. Turki Muda mahukan pemerintahan sekular dan mengamalkan penerintahan parlimen dan memulihkan perlembagaan. Pergerakan ini disambut penuh oleh golongan minoriti . Tetapi 1909 Sultan Abdul Hamid II mendapat kembali kuasa dengan menyeru slogan Islam. Beliau berjanji akan memulihkan institusi-institusi Islam, undang-undang Islam dan akan mengamalkan sistem khalifah. Ramai Armenia yang mejadi minoriti di Turki menyokong Turki Muda ini.

Akibatnya pada April 1909, berlakulah pembunuhan beramai-ramai etnik Armenia di wilayah Adana ( Pembunuhan Adana). Dianggarkan 30,000 orang telah dibunuh oleh regim Sultan Abdul Hamid II. Gerakan anti Armenia telah dilancarkan kerana menyokong Revolusi Turki Muda. Etnik Armenia ini menyokong revolusi kerana mereka dijanjikan akan diberi layanan sama rata seperti penganut Islam yang lain, akan diberi jawatan dan pekerjaan yang sama adil.

Selepas satu edaran, pada 14 April 1909, etnik Armenia telah diserang oleh perusuh-perusuh. Pada 18 April 1909 lebih 1000 etnik Armenia terbunuh di Adana sahaja. Pembunuhan juga berlaku di Tarsus dan pelabuhan Alexandretta. Beribu-ribu pelarian memenuhi kedutaan Amerika di Alexandretta. Kapal perang British cuba mengangkut seramai mungkin pelarian Kristian ini. Tiga kapal perang Perancis mengangkut mereka dari pantai ke Mersin.

Pihak tentera Turki tidak ambil peduli dengan pembunuhan etnik ini atau terlibat sama membunuh. Pada 3 Mei 1909 tentera Turki sampai di Adana dan cuba memulihkan keamanan di sana tetapi tidak berkesan. Hüseyin Hilmi Pasha yang pernah menjadi menteri dalam negeri Empayar Uthmaniah dan wazir menyatakan peristiwa ini adalah tindakan politik, bukan disebabkan oleh pertentangan antara agama.

Perancangan

Pada November 1914, Empayar Uthmaniyyah terlibat dalam Perang Dunia I dan menyebelahi Kuasa Paksi. Ismail Enver yang menjadi Menteri Perang Turki melancarkan kempen tentera memerangi Rusia di Kaukasus dengan harapan dapat menguasai bandar Baku. Tetapi mereka dikalahkan dalam Pertempuran Sarikamis. Ramai tentera Turki mati kesejukan dan mengundurkan diri ke Istanbul. [[Ismail dipersalahkan. Rakyat Armenia dilihat cergas menyokong pihak Rusia. Empayar Uthmaniah melihat etnik Armenia ini boleh mengancam keselamatan negara Turki dan hendaklah dihapuskan. Dengan itu pada 24 April 1915 seramai 250 orang intelek Armenia yang dikatakan hendak merancang pemberontakan di Istanbul telah ditangkap dan dipenjarakan.

Perundangan Mei 29

Fail:Геноцид армян - 1915 год.jpg1915

Pada Mei 1915, Mehmed Talat Pasha meminta kabinat dan wazir mengenakan tindakan terhadap rakyat Armenia di wilayah Anatolia. Pada 29 Mei 1915, Undang-Undang Tehcir (Tehcir Law) membenarkan tindakan keras akan dikenakan terhadap sesiapa yang mengancam keselamatan kerajaan dan negara. Harta, tanah , binatang ternakan dan rumah kediamana orang Armenia akan dirampas jika mereka bersalah. Namun, ahli parlimen Uthmaniyah Ahmed Riza menentang undang-undang sebegitu kerana hal ini akan mendorong rakyat Armenia memihak kepada Rusia.

Perarakan beramai-ramai

Akhbar New York Times melaporkan setiap hari pembunuhan beramai-ramai rakyat Armenia ini oleh pihak berkuasa , secara terancang dan sistematik . Ramai yang mati kebuluran kerana harta benda termasuk ternakan dan rumah kediaman telah dirampas . Ramai yang menjadi pelarian . Dokumen sejarah yang disimpan di Jerman dan Austria membuktikan kebenaran pembunuhhan etnik secara sistematik ini.Theodore Roosevelt menganggap peristiwa ini sebagai jenayah perang yang paling besar.

Melalui Undang-Undang Tehcir, Enver mengarahkan seluruh rakyat Armenia meletakkan senjata, berhenti dari perkhidmatan tentera dan ditugaskan dalam batalion pekerja ( Labor Batalion ).

Teskilati Mahsusa

Teskilati Mahsusa ialah organisasi khas yang dibentuk pada Disember 1911 oleh kerajaan Uthmaniah dan organisasi kedua yang dibentuk bagi mengatasi masalah rakyat Armenia yang memberontak. Teskilati Mahsusa dibentuk oleh organisasi politik bernama lttihad ve Terraki. lttihad ve Terraki dibentuk oleh pelajar perubatan bernama İbrahim Temo , Abdullah Cevdet, İshak Sükuti ,Hüseyinzade Ali dan lain-lain .

Pada November 1914, seramai 124 penjenayah dari penjara Pimian telah dibebaskan begitu sahaja. Beberapa bulan kemudian, 49 banduan dari penjara tengah telah dibebaskan . Mereka diarahkan mengikut konvoi rakyat Armenia yang lain untuk dipindahkan . Arahan tersebut dibawah arahan Vehib, pangliman Tentera Ke-3 Uthmaniah.

Rujukan

WikiPedia: Genosid Armenia http://genocide-museum.am/eng/ http://www.cnn.com/2008/WORLD/europe/11/13/sbm.lem... http://www.armenian-genocide.org/ http://www.armenian-genocide.org/memorials.html https://yalebooks.yale.edu/book/9780300186963/tota... https://encyclopedia.1914-1918-online.net/article/... https://encyclopedia.1914-1918-online.net/home.htm... https://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=... https://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Armeni...